Monday, August 11, 2014

SAMBUTAN AIDILFITRI 2014


Sambutan Aidilfitri 2014 SK Kg.Gemuroh bersama PIBG telah berlangsung pada 7 Ogos 2014 iaitu hari Khamis.Majlis bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.Sambutan  yang julung kalinya ini pada tahun ini amat meriah dan mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa.

Sambutan Aidilfitri bersama PIBG kali ini telah disertai oleh semua peringkat penduduk kampung.Kerjasama dan persediaan sebelum,semasa dan selepas acara  amat membanggakan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ibu bapa (PIBG) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Segala budi baik dan komitmen  kesepakatan yang jitu  yang telah ditunjukkan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Apa yang kita harapkan,segala kerja buat kita akan sama-sama mendapat keberkatan demi kecemerlangan anak-anak kita dunia akhirat.Syabas




















terima kasih semua,semoga sambutan Aidilfitri ini menjadi agenda  tahunan  PIBG.

No comments:

Post a Comment