Thursday, January 22, 2015

sambutan Maulidur Rasul 2015

Asslamualaikum semua,
post pembuka 2015  mengenai sambutan Maulidur Rasul yang telah disambut meriah pada 21 Januari 2015/Rabu.Majlis berlangsung bermula 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.Majlis tersebut telah disertai oleh PIBG,JKKK,RELA dan pasukan polis yang turut sama memeriahkan sambutan serta mengawal lalu lintas/keselamatan murid semasa perarakan diadakan. 

jom lihat memori sekitar majlis tersebut  :)



YDP PIBG  En Mohd Nor(kanan) bersama GB SKKG Ustaz Ghani (kiri)dan pegawai polis


GB ,polis dan RELA 




pasukan selawat ibu bapa

pasukan selawat ibu bapa mengetuai perarakan sambil berselawat


para ibu bapa  bergotong royong menyiapkan hidangan juadah  untuk  semua peserta perarakan sebaik tiba di masjid Al Mustaqim




murid mendengar ceramah  




ceramah  sirah nabi disampaikan oleh imam masjid Al Mustaqim.

Pihak sekolah amat berbesar hati  dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua yang telah  terlibat menjayakan sambutan Maulidur Rasul kali ini.Para ibu bapa(PIBG,JKKK) yang  sentiasa memberi komitmen yang jitu kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/PIBG demi kebaikan dan kecemerlangan bersama.
bersama seiring merintis kecemerlangan!!.