Monday, August 11, 2014

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2014

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh dengan kerjasama PIBG  berusaha mengadakan Program Gerak Gempur di luar kawasan sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan program UPSR yang kedua  untuk tahun ini.Tujuan ia diadakan di luar dari lingkungan sekolah adalah untuk memberi kelainan suasana kepada murid-murid Tahun 6 supaya input yang diterima akan dapat lebih daripada biasa.

Program ini akan dijalankan di Kem Pengakap Tg Mohamad Ismail,Seberang Takir  dan masanya ialah pada  7,8,9 Ogos 2014 .

Tanpa suntikan dana PIBG serta sumbangan daripada  orang perseorangan,YB,serta badan berkaitan,pasti program ini tidak dapat dilaksanakan.Terima kasih kepada semua,moga Allah sahaja yang dapat membalasnya.


sessi pembelajaran.Teknik dan tips menjawab  peperiksaan daripada fasi yang pakar


menjamu selera


sesi riadah

slot keagamaan daripada ustaz jemputan



slot motivasi





tandatangan akujanji


fasi motivasi yg power,cg Mamat

ucapan GB dan YDP PIBG

penyampaian sijil


ikrar pelajar



doakan kejayaan dan kecemerlangan untuk mereka.
Moga segala usaha kita membuahkan hasil yang manis nanti.insyaAllah.
terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama memberi komitmen yang jitu dalam melancarkan program serta kepada semua ibu bapa yang terlibat menghantar dan menjemput anak-anak ke program ini.terima kasih.



SAMBUTAN AIDILFITRI 2014


Sambutan Aidilfitri 2014 SK Kg.Gemuroh bersama PIBG telah berlangsung pada 7 Ogos 2014 iaitu hari Khamis.Majlis bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.Sambutan  yang julung kalinya ini pada tahun ini amat meriah dan mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa.

Sambutan Aidilfitri bersama PIBG kali ini telah disertai oleh semua peringkat penduduk kampung.Kerjasama dan persediaan sebelum,semasa dan selepas acara  amat membanggakan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ibu bapa (PIBG) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Segala budi baik dan komitmen  kesepakatan yang jitu  yang telah ditunjukkan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Apa yang kita harapkan,segala kerja buat kita akan sama-sama mendapat keberkatan demi kecemerlangan anak-anak kita dunia akhirat.Syabas




















terima kasih semua,semoga sambutan Aidilfitri ini menjadi agenda  tahunan  PIBG.

Sunday, August 10, 2014

SARANA ibu bapa-PIBG



SARANA ibu bapa-PIBG  telah diadakan pada  20/5/14,bertempat di kantin SKKG.Alhamdulillah,ramai ibu bapa yang hadir ke program ini.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua .

sarana ibu bapa ini merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah  yang mana memberi faedah kepadsa anak dan ibu bapa demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.

sekilas memori perjumpaan bersama ibu bapa


taklimat drp Cikgu Mohd Al Sidek selaku Setiausaha PIBG






terima kasih  semua
bersama menjulang kecemerlangan PIBG