Monday, August 11, 2014

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2014

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh dengan kerjasama PIBG  berusaha mengadakan Program Gerak Gempur di luar kawasan sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan program UPSR yang kedua  untuk tahun ini.Tujuan ia diadakan di luar dari lingkungan sekolah adalah untuk memberi kelainan suasana kepada murid-murid Tahun 6 supaya input yang diterima akan dapat lebih daripada biasa.

Program ini akan dijalankan di Kem Pengakap Tg Mohamad Ismail,Seberang Takir  dan masanya ialah pada  7,8,9 Ogos 2014 .

Tanpa suntikan dana PIBG serta sumbangan daripada  orang perseorangan,YB,serta badan berkaitan,pasti program ini tidak dapat dilaksanakan.Terima kasih kepada semua,moga Allah sahaja yang dapat membalasnya.


sessi pembelajaran.Teknik dan tips menjawab  peperiksaan daripada fasi yang pakar


menjamu selera


sesi riadah

slot keagamaan daripada ustaz jemputan



slot motivasi





tandatangan akujanji


fasi motivasi yg power,cg Mamat

ucapan GB dan YDP PIBG

penyampaian sijil


ikrar pelajar



doakan kejayaan dan kecemerlangan untuk mereka.
Moga segala usaha kita membuahkan hasil yang manis nanti.insyaAllah.
terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama memberi komitmen yang jitu dalam melancarkan program serta kepada semua ibu bapa yang terlibat menghantar dan menjemput anak-anak ke program ini.terima kasih.



No comments:

Post a Comment