Thursday, November 6, 2014

MAJLIS PERSARAAN CIKGU TAZAN B SAID

Majlis berlangsung pd 6 nov 2014/khamis .bermula 9 pagi-1.30 tgh hari..jasamu tetap dikenang,engkau tetap di hati kami..
terima kasih kepada semua ibu bapa yang bersama bertungkus lumus menjayakan majlis ,menyediakan gulai kawah untuk kenduri,serta kepada semua guru yang telah memastikan acara ini berjalan lancar.terima kasih kepada semua
gabungan PIBG yang mantap nyata membuahkan hasil kerja yang terbaik.
 dalam menjayakan segala aktiviti.

persiapan gulai kawah untuk jamuan murid,guru dan ibu bapa




menyambut yang dirai,cikgu Tazan








cikgu Tazan diapit oleh Tuan GB Ustaz Abd Ghani dan wakil PPD En Jaafar




persembahan dr murid tahun 6


diapit oleh JKKK Kg Gemuroh,En Amran dan isteri












ibu bapa turut serta mengiringi kepulangan Cg Tazan selepas selesai majlis


pucuk pauh delima batu
anak sembilan di tapak tangan
walau jauh tak lagi bersatu
hilang di mata,di hati jangan.

kami sentiasa doakan kesejahteraan yang terbaik utk cikgu Tazan,
jasa dan budi  tetap di hati kami semua.





Monday, August 11, 2014

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2014

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh dengan kerjasama PIBG  berusaha mengadakan Program Gerak Gempur di luar kawasan sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan program UPSR yang kedua  untuk tahun ini.Tujuan ia diadakan di luar dari lingkungan sekolah adalah untuk memberi kelainan suasana kepada murid-murid Tahun 6 supaya input yang diterima akan dapat lebih daripada biasa.

Program ini akan dijalankan di Kem Pengakap Tg Mohamad Ismail,Seberang Takir  dan masanya ialah pada  7,8,9 Ogos 2014 .

Tanpa suntikan dana PIBG serta sumbangan daripada  orang perseorangan,YB,serta badan berkaitan,pasti program ini tidak dapat dilaksanakan.Terima kasih kepada semua,moga Allah sahaja yang dapat membalasnya.


sessi pembelajaran.Teknik dan tips menjawab  peperiksaan daripada fasi yang pakar


menjamu selera


sesi riadah

slot keagamaan daripada ustaz jemputan



slot motivasi





tandatangan akujanji


fasi motivasi yg power,cg Mamat

ucapan GB dan YDP PIBG

penyampaian sijil


ikrar pelajar



doakan kejayaan dan kecemerlangan untuk mereka.
Moga segala usaha kita membuahkan hasil yang manis nanti.insyaAllah.
terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama memberi komitmen yang jitu dalam melancarkan program serta kepada semua ibu bapa yang terlibat menghantar dan menjemput anak-anak ke program ini.terima kasih.



SAMBUTAN AIDILFITRI 2014


Sambutan Aidilfitri 2014 SK Kg.Gemuroh bersama PIBG telah berlangsung pada 7 Ogos 2014 iaitu hari Khamis.Majlis bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.Sambutan  yang julung kalinya ini pada tahun ini amat meriah dan mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa.

Sambutan Aidilfitri bersama PIBG kali ini telah disertai oleh semua peringkat penduduk kampung.Kerjasama dan persediaan sebelum,semasa dan selepas acara  amat membanggakan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ibu bapa (PIBG) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Segala budi baik dan komitmen  kesepakatan yang jitu  yang telah ditunjukkan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Apa yang kita harapkan,segala kerja buat kita akan sama-sama mendapat keberkatan demi kecemerlangan anak-anak kita dunia akhirat.Syabas




















terima kasih semua,semoga sambutan Aidilfitri ini menjadi agenda  tahunan  PIBG.