Minit Mesyuarat PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG GEMUROH

MINIT MESYUARAT  AGUNG PIBG KALI KE-20 2013
TARIKH                : 29  MAC  2013
MASA                   : 3.00 PETANG
HARI                     : JUMAAT
TEMPAT               : KANTIN  SKKG
KEHADIRAN       : RUJUK LAMPIRAN

AGENDA PERASMIAN
1.Ucapan Pengerusi Majlis
2.Ucapan  YDP PIBG
3.Ucapan Guru Besar
4.Ucapan Perasmian YB ADUN TEPOH

1.Ucapan Pengerusi Majlis
1.1.Ucapan alu-aluan

2.Ucapan YDP PIBG
2.1.En. Mohd Nor b Abd Rahaman ucapkan salam aluan dan terima kasih atas kehadiran  para ibu bapa.
2.2.Kehadiran  para ibu bapa tidak begitu memuaskan pada mesyuarat kali ini.
2.3.Penyertaan ibu bapa amat di alu-alukan di sekolah demi kepentingan anak-anak
2.4.Makluman segala sumbangan dari  individu  tertentu/YB disalurkan melalui PIBG
2.5.Ibu bapa digesa memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak demi masa depan mereka  terutama  ibu bapa yang mempunyai anak di tahun 6 /UPSR 2013.
2.6.Makluman bantuan-bantuan yg disalurkan pada murid2 terpilih spt KWAMP,E kasih untuk meringankan bebanan para ibu bapa.
2.7.Mohon kerjasama ibu bapa  untuk telus apabila mengisi maklumat dalam borang maklumat murid.
2.8.Kerjasama ibu bapa menasihati anak-anak muda supaya tidak mengamalkan vandalisme di sekolah terutama pada waktu petang/hari cuti.
2.9.Sebarang kegunaan alatan sekolah  seperti kerusi meja semasa acara-acara luar perlu disimpan semula  di kelas.
2.10.Menyeru pihak ibu bapa sama-sama menjaga kebersihan sekolah  dan mematuhi peraturan semasa di sekolah.
2.11.Mengharapkan  UPSR 2013  terus cemerlang  seperti tahun-tahun lepas.


3.Ucapan Guru Besar
3.1.Tn Hj Dagang b Hamzah  mengucapkan aluan dan salam  serta terima kasih kepada semua hadirin.
3.2.Ucapan terima kasih  kepada pegawai PPD  En Mohamad Shabuddin kerana dapat meluangkan masa  beliau untuk menghadiri  mensyarat kali ini.
3.3.Makluman tentang pelaksanaan MBMMBI sejak 2012
3.4.Memaklumkan tentang bilangan  pelajar dan kelas 2013
3.5. SKKG Band 3  untuk tahun 2012.
3.6.LINUS kohort 1 tahun 3 lulus 100%.
3.7.Pelaksanaan J Qaf  untuk mengajar bahasa Arab.Tasmik pada waktu  tengah hari  semua guru terlibat .Kem Bestari Solat juga telah diadakan untuk membimbng murid menulis jawi dan membaca al quran
3.8.KSSR  menggantikan KBSR ,penilaian terhadap murid  berbeza,mengikut kohort dan band
3.9.PBS telah diperkenalkan dan UPSR akan berakhir pada  2016.Selepas itu penilaian murid 40% di sekolah dan penilaian berpusat 60%.Semua subjek diambil kira  mengikut band 1-6.
3.10.Bantuan OKU  untuk murid yang layak RM150 sebulan setelah murid terlibat dapat pengesahan dari pihak hospital.
3.11.SARANA  memerlukan pembabitan ibu bapa  dalam aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah dengan memberi sumbangan kepakaran /kemahiran masing-masing
3.12.Budaya Sekolah Penyayang ,Guru Penyayang  dilancarkan pada tahun ini.
3.13.Perbelanjaan kerajaan demi mengharapkan kemenjadian anak –anak didik kita.
3.14.Makluman tentang anugerah  yang diperolehi 3 tahun berturut-turut pencapaian GPS  UPSR.
3.15.UPSR 2007-2012,moga terus ada penambahbaikan dan terus cemerlang untuk 2013.

4.Ucapan Perasmian YB
4.1. YB Tn Hj Muhammad Ramli b Hj Nuh mengucapkan aluan dan salam  serta terima kasih kepada semua hadirin.
4.2.Kerjasama dan peranan ibu bapa amat penting  demi memertabatkan  kecemerlangan anak-anak.
4.3.Sumbangan  PIBG amat penting untuk melancarkan perjalanan aktiviti murid di sekolah.
4.4.Program SARANA  penting dalam .Harap ibu bapa memberi kerjasama  
4.5.Utamakan kewangan demi kepentingan pendidikan anak-anak
4.9.Umumkan sumbangan  kepada PIBG sebanyak rm2500 untuk tahun 2013.


AGENDA MESYUARAT AGUNG
1.Ucapan pengerusi.
2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
3.Perkara Berbangkit.
4.Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG
5.Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG
6. Pembentangan usul/cadangan
7. Ucapan penangguhan


Agenda 1.Ucapan Pengerusi
1.1.     Rasa terharu dan berterima kasih atas sumbangan  YB dan sumbangan  ibu bapa.Sumbangan tersebut
dapat disalurkan untuk aktiviti anak-anak.
1.2.     Mohon kerjasama ibu bapa semasa meletak kenderaan di laluan keluar masuk  sekolah.
          
Agenda 2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
2.1.En Wan Azhar b Wan Husin  telah mengesahkan minit mesyuarat  terdahulu dan disokong oleh  En Said b Muda.
.
Agenda 3.Perkara berbangkit
3.1.TIADA

Agenda 4. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG
 4.1.Pembentangan oleh  YDP PIBG, En. Mohd Nor b Abd Rahaman -Rujuk lampiran

Agenda 5.Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG
5.1. Pembentangan kewangan  oleh  YDP PIBG, En. Mohd Nor b Abd Rahaman -Rujuk lampiran
.
Agenda 6.Pembentangan usul/cadangan
 6.1. Pn Rohaya bt Wahap,mencadangkan kelas malam berbayar untuk murid terutama murid tahun 6
-maklum balas oleh PK1 ,sekolah akan mengambil tindakan  dalam masa seminggu menyiapkan segala keperluan tenaga pengajar dan jadual.
 6.2. Pn Kartini bt Abdullah, mohon pihak sekolah maklum tentang jadual Hari Ko Kurikulum setiap hari selasa
 -maklum bals oleh Tuan Guru Besar ,murid memang dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak sekolah tentang aktiviti koko.
 6.3.Cadangan  agar menetapkan pondok menunggu  bagi ibu bapa  menunggu anak pulang dari sekolah.
 -maklum balas oleh YDP tentang permohonan pondok menunggu,pagar n longkang .Jumlah kos rm50 000 dan masih lagi tiada kata putus.Ibu bapa boleh menunggu anak-anak di pondok menunggu yg disediakan dan perlu menjaga  disiplin anak-anak kecil yang belum  bersekolah.
 6.3.Pn Rozila bt Nawang.mencadangkan pihak sekolah membuat temu murni  lebih kerap unt
 mengetahui  prestasi dam permasalahan p&p anak-anak di sekolah
-maklum balas  oleh Tn Guru Besar ,penilaian murid berdasarkan KSSR sekarang,jadi jadual  peperiksaan tak sama.Ibu bapa boleh akses SAPS bagi yang ada kemudahan internet.Ibu bapa  juga  boleh saling berhubung dengan guru.
 6.4.En Wan Azhar b Wan Husin  bertanya tentang penambahan AJK 2012.
 -Maklum balas oleh YDP ,tiada penambahan AJK dibuat kerana  YDP kecewa dengan komitmen  dan idea AJK yg telah dilantik.

               
Agenda 7.Ucapan Penangguhan
 7.1.En Amran b Abdullah, Pengerusi JKK Kg Gemuroh  merakamkan ucapan terima kasih kepada Semua hadirin.
7.2. Harapan agar ibu bapa berhubung dengan pihak sekolah untuk detail tentang prestasi anak-anak  7.3.Mengharapkan kedatangan/sambutan ibu bapa yang lebih meriah untuk mesyuarat  PIBG akan datang.  7.4.Orang kampung tidak mempunyai tempat riadah ,jadi penggunaan padang sekolah amat perlu.Berjanji akan cuba  mengawal  dan mendisiplinkan pengguna padang sekolah.Mohon kerjasama semua untuk bertanggungjawab.


Mesyuarat ditangguhkan pada 6.15 petang  dengan Surah Al-Asr.





CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2014
Tarikh              : 3 April 2014
Masa               : 2.30 petang
Tempat            : kantin sekolah

AGENDA PERASMIAN
1.Ucapan Pengerusi Majlis
2.Ucapan YDP PIBG
3.Ucapan Guru Besar
4.Ucapan Perasmian  Yang Berhormat Dato’Haji Ahmad Razif b Abd Rahman

1.Ucapan Pengerusi Majlis
Pn Wan Suriati  bt Wan Muhammad selaku Pengerusi Majlis memulakan acara dengan ucapan aluan dan selamat datang

2.Ucapan YDP PIBG –En Mohd Nor b Abd Rahman
2.1.Ucapan salam dan aluan serta terima kasih atas kehadiran semua
2.2.Rutin kehadiran kaum ibu lebih ramai daripada kaum bapa seperti  tahun-tahun lepas
2.3.Memaklumkan  tentang anugerah  pengurusan PIBG Cemerlang yang diperolehi kategori luar bandar dan mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat.
2.4.Kepurusan UPSR tahun-tahun lepas masih lagi dapat kekalkan kecemerlangan walaupun bilangan calon 5A berkurang.
2.5.Pemilihan jawatankuasa baru pada tahun ini.Beliau mengharapkan ada muka baru untuk tampil sebagai pemimpin
2.6.Mengharapkan sedikit suntikan untuk dana PIBG daripada YB
2.7.Memaklumkan tentang projek /permohonan untuk membaik pulih  longkang dan pondok
menunggu bahagian  depan  sekolah  tidak diluluskan kerana keadaan jalan raya yang sibuk terutama selepas siapnya lebuh raya

3.Ucapan Guru Besar-Ustaz Abdul  Ghani b  Mohd Ali
3.1.Ucapan salam  dan aluan kepada semua serta ucapkan terima kasih  kepada semua  hadirin
3.2.Mengucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati telah menyumbangkan hamper dan sebagainya untuk cabutan bertuah
3.3.Memaklumkan tentang tempoh  mula bertugas  di SK Kampung Gemuroh dan berharap dapat terus mengenali dan  beramah mesra dengan para penduduk setempat
3.4.Peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah dalam menjayakan satu-satu  program demi kecemerlangan anak-anak  terutama dari segi kewangan  sekolah yang terhad.
3.5.Mengharapkan sedikit sumbangan daripada YB demi melancarkan perjalanan  aktiviti sekolah yg melibatkan dana yang besar terutamanya untuk program UPSR.
3.6.Mengharapkan kerjasama PIBG bersama pihak sekolah dalam semua aktiviti
3.7.Memaklumkan sekolah akan jadi tuan rumah untuk pertandingan bola sepak bermula  minggu  depan (6-10 April 2014)
3.8.Terima kasih pada En Wan Zaidi yang telah melatih pasukan  bola sepak sekolah.
3.9.Memaklumkan kepada para ibu bapa tentang  kelas malam terutama untuk murid tahun 6 dan mengharapkan  sumbangan idea ,tunjuk ajar dan tenaga pengajar daripada  para belia kampung  yang berkebolehan mengajar untuk sama-sama membimbing adik-adik pelajar
3.10.Mengucapkan terimakasih pada semua yang telah hadir ke program gotong royong  di sekolah  baru-baru ini.
3.11.Akan cuba untuk mencari jalan bagi menarik minat kaum bapa untuk lebih ramai hadir ke mesyuarat PIBG yang seterusnya
3.12.Calon UPSR seramai 52 orang.Rasa amat risau tentang prestasi lebih kurang 10 pelajar tahun 6 yang amat lemah dan masih kurang menguasai kemahiran membaca dan menulis
3.13.Peperiksaan  UPSR tahun ini akan dijalankan seperti biasa sehingga 2016.Selepas itu bentuk peperiksaan akan dijalankan  adalah  berbeza
3.14.Memohon peruntukan untuk dewan sekolah kerana sekolah ini masih belum ada dewan.
3.15.Surau sekolah juga akan dibesarkan lagi kerana saiz sekarang masih tidak dapat menampung bilangan murid dan ibu bapa jika  sesuatu program dijalankan  jika mendapat peruntukan.
3.16.Amat hargai sumbangan yang diberikan oleh ibu bapakepada pihak sekolah

4.Ucapan Perasmian YB-Yang Berhormat Dato’Haji Ahmad Razif b Abd Rahman
4.1.Ucapan  salam dan aluan serta terima kasih kepada semua  hadirin
4.2.Menghargai sumbangan guru  dalam menjayakan  sesuatu  aktiviti
4.3.Kementerian melakukan pelbagai kajian untuk kurangkan bebanan tugas guru
4.4.mengharapkan kesedaran masyarakat tentang keperitan nasib bangsa jika terus leka dengan keadaan sekarang  demi  generasi akan datang .
4.5.Kuala Nerus tiada peruntukan untuk 5 tahun/sepenggal.Peruntukan untuk daerah Setiu sebanyak RM30 juta sepenggal/5 tahun
4.6.Membuat perbandingan nasib masyarakat setelah bertukar kepimpinan dulu dan sekarang
4.7.Banyak peluang yang diberi untuk menaikkan taraf akademik  masyarakat supaya dapat terus bersaing dengan bangsa lain
4.8.Ibu bapa perlu   sentiasa memikirkan kepentingan anak-anak /generasi akan datang apabila membuat sesuatu keputusan
4.9.Hati-hati tentang gerakan  pengaruh agama lain yang berleluasa yang menjanjikan ganjaran lumayan bagi pengikut agama mereka
4.10.Tahniah pada pihak sekolah kerana dapat menjayakan   mesyuarat kali ini.Mohon penglibatan kaum bapa  lebih ramai  untuk mesyuarat seterusnya
4.11.Berjanji akan melanjutkan permohonan  menutup longkang dan pondok menunggu   yang dibuat  oleh pihak sekolah dan PIBG sejak tahun 2012 akan dibawa ke mesyuarat bersama pihak berkenaan.
4.12.YB Mengumumkan sumbangan sebanyak RM3000  kepada tabung PIBG.

AGENDA MESYUARAT AGUNG
1.Ucapan Pengerusi
2.Membentang dan Pengesahan minit mesyuarat
3.Perkara-perkara berbangkit
4.Membentang dan menerima laporan aktiviti
5.Membentang dan menerima penyata kewangan
6.Pembentangan usul /cadangan
7.Pembubaran jawatankuasa 2012/2014
8.Pemilihan jawatankuasa 2014/2016
9.Ucapan YDP 2014/2016
10.Ucapan penangguhan

1.Ucapan Pengerusi
1.1.YDP menjemput semua jawatankuasa mengambil tempat dan memulakan  mesyuarat  dengan ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen  jawatankuasa selama ini
1.2.Bersyukur  dan berterima kasih  kepada YB atas  sumbangan  RM3000 kepada PIBG bagi menjalankan aktiviti
1.3.Terima kasih kepada ibubapa yang turut serta menyumbangkan tenaga melatih anak-anak  sehingga berjaya mencipta nama di peringkat negeri iaitu En Amran b Mustafa dalam pertandingan ping pong serta En Wan Zaidi Wan Muda  yang melatih pasukan bola sepak sekolah
1.4.Bersyukur dengan anugerah /penghargaan  Pengurusan PIBG Cemerlang yang telah menang peringkat negeri bagi kategori  sekolah luar bandar

2.Membentang dan Pengesahan minit mesyuarat
2.1.En Yusof b Ismail dari  Kg Banggol Nyior telah mencadangkan minit mesyuarat disahkan  dan disokong oleh En Ishak dari Kg Banggol Nyior

3.Perkara berbangkit
TIADA

4.Membentang dan menerima laporan Aktiviti tahunan PIBG
4.1.Setiausaha PIBG iaitu En Nazaruddin  b Mohamad Nor telah membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG dengan merujuk Lampiran m/s  9-10

5.Membentang dan menerima  Penyata kewangan PIBG
5.1.Pn Tuan Manis bt Tuan Majid selaku Bendahari PIBG  telah membentangkan penyata kewangan dengan merujuk lampiran ms 11-13.
5.12.En Ishak dari Kg Banggol Nyor mencadangkan penyata kewangan diteima dan disokong oleh Pn Norizan b Dolah dari Kg Sungai Ikan

6.Membentangkan usul/cadangan
6.1.Pn Habsah Ismail dari Kg Banggol Nyor  meminta diwujudkan Kelas Pemulihan Khas di sekolah ini.
6.2.Maklum balas daripada Tuan Guru Besar –Kelas pendidikan Khas hanya di sekolah Bukit Nenas.Walaubagaimanapun,guru besar akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri  tentang syarat-syarat dan peraturan untuk  penubuhan kelas khas.
6.3.Kutipan Sumbangan PIBG dicadangkan  sebanyak RM10 untuk tahun 2014 dan  untuk tahun-tahun seterusnya sehingga ada perubahan /pindaan semasa mesyuarat PIBG seterusnya.
6.4.Usul 6.3 telah diterima sebulat suara oleh ibubapa

7.Pembubaran jawatankuasa 2012/2014
7.1.YDP telah membubarkan jawatankuasa  2012/2014 yang sedia ada  tepat jam 4.55 petang dan menyerahkan majlis pada pengerusi sementara  iaitu En Tazan b Said.

8.Pemilihan jawatankuasa 2014/2016

Penasihat                    En Abdul Ghani b Mohd Ali(Guru Besar)
YDP                           En Mohd Nor b Ab Rahaman
NYDP                        En Yusof b Ismail
Setiausaha                  En Mohd Al Sidek b Yusof                              
Bendahari                   Pn Tn Manis bt Tuan Majid

AJK
1.Tn Hj Mohd Jik b Abd Rahman                    -GPK1
2.Pn Rudiana bt Abd Ghani                             -GPKHEM
3.En Tazan b Said                                            -GPK KO
4.Pn Norizan bt Dolah-Kg Sungai Ikan
5.Pn Rosmah bt Abd Rahman-Kg Gemuroh
6.Pn Yuhani bt Midin-Kg Gemuroh
7.En Amran Mustafa-Kg Sungai Ikan
8.Hj Amran b Abdullah-JKKK Kg Gemuroh
9.En Abdul Ghani b Hamid-JKKK Kg Sungai Ikan
10.En Zazmi b Mansor
11.Ustaz Usop b Awang
12.Pn Nor Azizah bt Tengah
13.Pn Noryani bt Abd Ghani
11.En Yusof Fauzi b Mamat
Juru Audit 1-Pn Halinawati bt Halim
Juru Audit 2-Hj  Amran b Abdullah

                       
9.Ucapan   YDP 2014/2016
9.1.En Mohd Nor b Abd Rahman berbesar hati dengan kepercayaan dan pemilihan untuk terus dikekalkan bagi sesi 2014/2016.
9.2.Mohon kerjasama daripada semua pihak  untuk melancarkan perjalanan sebarang aktiviti PIBG
9.3.Harapan Semua ibu bapa selalu hadir ke sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran anak-anak di sekolah

10.Ucapan penangguhan
10.1.En Amran b Mustafa melahirkan rasa terima kasih atas tenaga jurulatih kampong En Wan Zaidi  yang melatih  pasukan bola sepak sekolah.Mohon tiada pertikaian  atas tugas dan amanah yang dipikul secara sukarela.
10.2.En Tazan b Said menjemput dan mengalu-alukan kehadiran dan memberi sokongan para ibubapa ke perlawanan bola sepak bermula minggu depan 6-10 April 2014.
10.3.En Amran b Abdullah mengucapkan terima kasih pada  Pasukan Selawat yang sama-sama turut serta semasa sambutan ketibaan YB.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.50 petang dengan surah Al-Asr.



No comments:

Post a Comment