Thursday, April 11, 2013

Tujuan dan Fungsi PIBG


Peranan PIBG


Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.

Tujuan-tujuan PIBG adalah:

1.    Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
2.    Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
3.     Untuk membolehkan PIBG dalam sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai pendidikan
4.     Untuk memberi peluang kepada PIBG dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya
5.     Untuk membolehkan PIBG dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan  kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi peranan PIBG adalah:

1.    Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
2.     Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah
3.     Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat
4.    Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

No comments:

Post a Comment