Wednesday, April 17, 2013

Pondok Ilmu PIBg


PONDOK ILMU PIBG

Rasional

Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah digembleng secara terancang.  Oleh itu, peranan Persatuan Ibu Bapa-Guru amatlah penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah  : 

Persatuan Ibu Bapa-Guru sekolah ialah persatuan yang menjalankan usaha berterusan bagi menyokong kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan kaedah-kaedah dan Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru.


Matlamat  :

Projek ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah menyalurkan maklumat secara lebih berkesan kepada ibu bapa dan murid dalam menjayakan pelaksanaan perancangan aktiviti sekolah .

Objektif  : 

Membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam bidang:

o   Kurikulum
o   Kokurikulum
o   Bina Insan
o   Disiplin
o   Keceriaan Sekolah
o   Keselamatan Sekolah

SEKILAS JALINAN KERJA BERSAMA 

nak gantung kat mana  ya bunga ni

pondok  sebelum "disolek" oleh para ibu

nak buat langsir ke ni??
tarikkk..mehh..mehhh pakat tarik

ramai para ibu yang hadir ,meriahhh

syukur sangat2 sebab sambutan daripada para ibu bapa memang sentiasa meriah jika ada sebarang kerja buat di sekolah.

hati-hati manjat tuuu,pegang tangga tu elok-elok

tu dia....Pondok Ilmu PIBG

banyak infoo di sini tauuu,baca..jangan tak baca

hasilnyaaaaaa...setelah di "solek"Pondok Ilmu

Pondok Ilmu PIBG SK Kg Gemuroh


No comments:

Post a Comment