PONDOK ILMU PIBG
Rasional
Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin
kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program
pendidikan perlulah digembleng secara terancang. Oleh itu, peranan Persatuan Ibu Bapa-Guru
amatlah penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah :
Persatuan Ibu Bapa-Guru
sekolah ialah persatuan yang menjalankan usaha berterusan bagi menyokong
kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berlandaskan kaedah-kaedah dan Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru.
Matlamat :
Projek ini diadakan
bertujuan untuk membantu pihak sekolah menyalurkan maklumat secara lebih
berkesan kepada ibu bapa dan murid dalam menjayakan pelaksanaan perancangan
aktiviti sekolah .
Objektif :
Membantu pihak sekolah
mencapai matlamat dalam bidang:
o
Kurikulum
o
Kokurikulum
o
Bina Insan
o
Disiplin
o
Keceriaan Sekolah
o
Keselamatan Sekolah
SEKILAS JALINAN KERJA BERSAMA
nak gantung kat mana ya bunga ni
pondok sebelum "disolek" oleh para ibu
nak buat langsir ke ni??
tarikkk..mehh..mehhh pakat tarik
ramai para ibu yang hadir ,meriahhh
syukur sangat2 sebab sambutan daripada para ibu bapa memang sentiasa meriah jika ada sebarang kerja buat di sekolah.
hati-hati manjat tuuu,pegang tangga tu elok-elok
tu dia....Pondok Ilmu PIBG
banyak infoo di sini tauuu,baca..jangan tak baca
hasilnyaaaaaa...setelah di "solek"Pondok Ilmu
Pondok Ilmu PIBG SK Kg Gemuroh
No comments:
Post a Comment