SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG GEMUROH
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2013
TARIKH :
29 MAC
2013
MASA : 3.00 PETANG
HARI : JUMAAT
TEMPAT : KANTIN SKKG
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN
AGENDA PERASMIAN
1.Ucapan Pengerusi
Majlis
2.Ucapan
YDP PIBG
3.Ucapan Guru Besar
4.Ucapan Perasmian YB ADUN TEPOH
1.Ucapan Pengerusi Majlis
1.1.Ucapan alu-aluan
2.Ucapan YDP PIBG
2.1.En. Mohd Nor b Abd
Rahaman ucapkan salam aluan dan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa.
2.2.Kehadiran para ibu bapa tidak begitu memuaskan pada
mesyuarat kali ini.
2.3.Penyertaan ibu bapa
amat di alu-alukan di sekolah demi kepentingan anak-anak
2.4.Makluman segala
sumbangan dari individu tertentu/YB disalurkan melalui PIBG
2.5.Ibu bapa digesa memberi
perhatian terhadap pendidikan anak-anak demi masa depan mereka terutama
ibu bapa yang mempunyai anak di tahun 6 /UPSR 2013.
2.6.Makluman
bantuan-bantuan yg disalurkan pada murid2 terpilih spt KWAMP,E kasih untuk
meringankan bebanan para ibu bapa.
2.7.Mohon kerjasama ibu
bapa untuk telus apabila mengisi
maklumat dalam borang maklumat murid.
2.8.Kerjasama ibu bapa
menasihati anak-anak muda supaya tidak mengamalkan vandalisme di sekolah
terutama pada waktu petang/hari cuti.
2.9.Sebarang kegunaan
alatan sekolah seperti kerusi meja
semasa acara-acara luar perlu disimpan semula
di kelas.
2.10.Menyeru pihak ibu bapa
sama-sama menjaga kebersihan sekolah dan
mematuhi peraturan semasa di sekolah.
2.11.Mengharapkan UPSR 2013
terus cemerlang seperti
tahun-tahun lepas.
3.Ucapan Guru Besar
3.1.Tn Hj Dagang b Hamzah mengucapkan aluan dan salam serta terima kasih kepada semua hadirin.
3.2.Ucapan terima
kasih kepada pegawai PPD En Mohamad Shabuddin kerana dapat meluangkan
masa beliau untuk menghadiri mensyarat kali ini.
3.3.Makluman tentang pelaksanaan
MBMMBI sejak 2012
3.4.Memaklumkan tentang
bilangan pelajar dan kelas 2013
3.5. SKKG Band 3 untuk tahun 2012.
3.6.LINUS kohort 1 tahun 3
lulus 100%.
3.7.Pelaksanaan J Qaf untuk mengajar bahasa Arab.Tasmik pada
waktu tengah hari semua guru terlibat .Kem Bestari Solat juga
telah diadakan untuk membimbng murid menulis jawi dan membaca al quran
3.8.KSSR menggantikan KBSR ,penilaian terhadap
murid berbeza,mengikut kohort dan band
3.9.PBS telah diperkenalkan
dan UPSR akan berakhir pada 2016.Selepas
itu penilaian murid 40% di sekolah dan penilaian berpusat 60%.Semua subjek
diambil kira mengikut band 1-6.
3.10.Bantuan OKU untuk murid yang layak RM150 sebulan setelah
murid terlibat dapat pengesahan dari pihak hospital.
3.11.SARANA memerlukan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti yg dianjurkan oleh pihak
sekolah dengan memberi sumbangan kepakaran /kemahiran masing-masing
3.12.Budaya Sekolah
Penyayang ,Guru Penyayang dilancarkan
pada tahun ini.
3.13.Perbelanjaan kerajaan
demi mengharapkan kemenjadian anak –anak didik kita.
3.14.Makluman tentang
anugerah yang diperolehi 3 tahun
berturut-turut pencapaian GPS UPSR.
3.15.UPSR 2007-2012,moga
terus ada penambahbaikan dan terus cemerlang untuk 2013.
4.Ucapan Perasmian YB
4.1. YB Tn Hj Muhammad Ramli
b Hj Nuh mengucapkan aluan dan salam
serta terima kasih kepada semua hadirin.
4.2.Kerjasama dan peranan
ibu bapa amat penting demi
memertabatkan kecemerlangan anak-anak.
4.3.Sumbangan PIBG amat penting untuk melancarkan perjalanan
aktiviti murid di sekolah.
4.4.Program SARANA penting dalam .Harap ibu bapa memberi
kerjasama
4.5.Utamakan kewangan demi
kepentingan pendidikan anak-anak
4.9.Umumkan sumbangan kepada PIBG sebanyak rm2500 untuk tahun 2013.
AGENDA MESYUARAT AGUNG
1.Ucapan pengerusi.
2.Membentang
dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
3.Perkara Berbangkit.
4.Membentang
dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG
5.Membentang
dan menerima penyata kewangan PIBG
6.
Pembentangan usul/cadangan
7.
Ucapan penangguhan
Agenda 1.Ucapan Pengerusi
1.1. Rasa terharu dan berterima kasih atas
sumbangan YB dan sumbangan ibu bapa.Sumbangan tersebut
dapat disalurkan
untuk aktiviti anak-anak.
1.2. Mohon kerjasama ibu bapa semasa meletak
kenderaan di laluan keluar masuk sekolah.
Agenda 2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
2.1.En Wan Azhar b Wan Husin telah mengesahkan minit mesyuarat terdahulu dan disokong oleh En Said b Muda.
.
Agenda 3.Perkara berbangkit
3.1.TIADA
Agenda 4. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG
4.1.Pembentangan oleh YDP PIBG, En. Mohd Nor b Abd Rahaman -Rujuk
lampiran
Agenda 5.Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG
5.1. Pembentangan kewangan oleh
YDP PIBG, En. Mohd Nor b Abd Rahaman -Rujuk lampiran
.
Agenda 6.Pembentangan usul/cadangan
6.1. Pn Rohaya bt Wahap,mencadangkan kelas
malam berbayar untuk murid terutama murid tahun 6
-maklum
balas oleh PK1 ,sekolah akan mengambil tindakan
dalam masa seminggu menyiapkan segala
keperluan tenaga pengajar dan jadual.
6.2. Pn Kartini bt Abdullah, mohon pihak sekolah
maklum tentang jadual Hari Ko Kurikulum setiap hari selasa
-maklum bals oleh Tuan
Guru Besar ,murid memang dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak sekolah tentang aktiviti
koko.
6.3.Cadangan agar menetapkan pondok menunggu bagi ibu bapa
menunggu anak pulang dari sekolah.
-maklum balas oleh YDP
tentang permohonan pondok menunggu,pagar n longkang .Jumlah kos rm50 000 dan masih lagi tiada kata
putus.Ibu bapa boleh menunggu anak-anak di pondok menunggu yg
disediakan dan perlu menjaga disiplin
anak-anak kecil yang belum bersekolah.
6.3.Pn Rozila bt Nawang.mencadangkan pihak sekolah
membuat temu murni lebih kerap unt
mengetahui prestasi dam permasalahan p&p anak-anak di
sekolah
-maklum balas oleh Tn Guru Besar ,penilaian murid
berdasarkan KSSR sekarang,jadi jadual peperiksaan tak sama.Ibu
bapa boleh akses SAPS bagi yang ada kemudahan internet.Ibu bapa
juga boleh saling berhubung
dengan guru.
6.4.En Wan Azhar b Wan Husin bertanya tentang penambahan AJK 2012.
-Maklum
balas oleh YDP ,tiada penambahan AJK dibuat kerana YDP kecewa dengan komitmen dan idea AJK yg telah dilantik.
Agenda 7.Ucapan Penangguhan
7.1.En Amran b Abdullah, Pengerusi JKK Kg
Gemuroh merakamkan ucapan terima kasih kepada Semua hadirin.
7.2. Harapan agar ibu bapa berhubung dengan pihak
sekolah untuk detail tentang prestasi anak-anak 7.3.Mengharapkan kedatangan/sambutan ibu bapa yang
lebih meriah untuk mesyuarat PIBG akan datang. 7.4.Orang kampung tidak mempunyai tempat riadah ,jadi
penggunaan padang sekolah amat perlu.Berjanji akan
cuba mengawal dan mendisiplinkan pengguna padang
sekolah.Mohon kerjasama semua untuk
bertanggungjawab.
Mesyuarat ditangguhkan pada
6.15 petang dengan Surah Al-Asr.
CATATAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2014
Tarikh : 3 April 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : kantin sekolah
AGENDA PERASMIAN
1.Ucapan Pengerusi Majlis
2.Ucapan YDP PIBG
3.Ucapan Guru Besar
4.Ucapan Perasmian Yang Berhormat
Dato’Haji Ahmad Razif b Abd Rahman
1.Ucapan Pengerusi Majlis
Pn Wan Suriati bt Wan Muhammad selaku
Pengerusi Majlis memulakan acara dengan ucapan aluan dan selamat datang
2.Ucapan YDP PIBG –En Mohd Nor b
Abd Rahman
2.1.Ucapan salam dan aluan serta terima kasih atas kehadiran semua
2.2.Rutin kehadiran kaum ibu lebih ramai daripada kaum bapa seperti tahun-tahun lepas
2.3.Memaklumkan tentang anugerah pengurusan PIBG Cemerlang yang diperolehi kategori
luar bandar dan mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat.
2.4.Kepurusan UPSR tahun-tahun lepas masih lagi dapat kekalkan
kecemerlangan walaupun bilangan calon 5A berkurang.
2.5.Pemilihan jawatankuasa baru pada tahun ini.Beliau mengharapkan ada
muka baru untuk tampil sebagai pemimpin
2.6.Mengharapkan sedikit suntikan untuk dana PIBG daripada YB
2.7.Memaklumkan tentang projek /permohonan untuk membaik pulih longkang dan pondok
menunggu bahagian depan sekolah tidak diluluskan kerana keadaan jalan raya
yang sibuk terutama selepas siapnya lebuh raya
3.Ucapan Guru Besar-Ustaz
Abdul Ghani b Mohd Ali
3.1.Ucapan salam dan aluan kepada
semua serta ucapkan terima kasih kepada
semua hadirin
3.2.Mengucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati telah
menyumbangkan hamper dan sebagainya untuk cabutan bertuah
3.3.Memaklumkan tentang tempoh
mula bertugas di SK Kampung
Gemuroh dan berharap dapat terus mengenali dan beramah mesra dengan para penduduk setempat
3.4.Peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah dalam menjayakan satu-satu program demi kecemerlangan anak-anak terutama dari segi kewangan sekolah yang terhad.
3.5.Mengharapkan sedikit sumbangan daripada YB demi melancarkan
perjalanan aktiviti sekolah yg
melibatkan dana yang besar terutamanya untuk program UPSR.
3.6.Mengharapkan kerjasama PIBG bersama pihak sekolah dalam semua
aktiviti
3.7.Memaklumkan sekolah akan jadi tuan rumah untuk pertandingan bola
sepak bermula minggu depan (6-10 April 2014)
3.8.Terima kasih pada En Wan Zaidi yang telah melatih pasukan bola sepak sekolah.
3.9.Memaklumkan kepada para ibu bapa tentang kelas malam terutama untuk murid tahun 6 dan
mengharapkan sumbangan idea ,tunjuk ajar
dan tenaga pengajar daripada para belia kampung
yang berkebolehan mengajar untuk
sama-sama membimbing adik-adik pelajar
3.10.Mengucapkan terimakasih pada semua yang telah hadir ke program
gotong royong di sekolah baru-baru ini.
3.11.Akan cuba untuk mencari jalan bagi menarik minat kaum bapa untuk
lebih ramai hadir ke mesyuarat PIBG yang seterusnya
3.12.Calon UPSR seramai 52 orang.Rasa amat risau tentang prestasi lebih
kurang 10 pelajar tahun 6 yang amat lemah dan masih kurang menguasai kemahiran
membaca dan menulis
3.13.Peperiksaan UPSR tahun ini
akan dijalankan seperti biasa sehingga 2016.Selepas itu bentuk peperiksaan akan
dijalankan adalah berbeza
3.14.Memohon peruntukan untuk dewan sekolah kerana sekolah ini masih
belum ada dewan.
3.15.Surau sekolah juga akan dibesarkan lagi kerana saiz sekarang masih
tidak dapat menampung bilangan murid dan ibu bapa jika sesuatu program dijalankan jika mendapat peruntukan.
3.16.Amat hargai sumbangan yang diberikan oleh ibu bapakepada pihak
sekolah
4.Ucapan Perasmian YB-Yang
Berhormat Dato’Haji Ahmad Razif b Abd Rahman
4.1.Ucapan salam dan aluan serta
terima kasih kepada semua hadirin
4.2.Menghargai sumbangan guru
dalam menjayakan sesuatu aktiviti
4.3.Kementerian melakukan pelbagai kajian untuk kurangkan bebanan tugas
guru
4.4.mengharapkan kesedaran masyarakat tentang keperitan nasib bangsa jika
terus leka dengan keadaan sekarang
demi generasi akan datang .
4.5.Kuala Nerus tiada peruntukan untuk 5 tahun/sepenggal.Peruntukan untuk
daerah Setiu sebanyak RM30 juta sepenggal/5 tahun
4.6.Membuat perbandingan nasib masyarakat setelah bertukar kepimpinan
dulu dan sekarang
4.7.Banyak peluang yang diberi untuk menaikkan taraf akademik masyarakat supaya dapat terus bersaing dengan
bangsa lain
4.8.Ibu bapa perlu sentiasa
memikirkan kepentingan anak-anak /generasi akan datang apabila membuat sesuatu
keputusan
4.9.Hati-hati tentang gerakan pengaruh agama lain yang berleluasa yang menjanjikan
ganjaran lumayan bagi pengikut agama mereka
4.10.Tahniah pada pihak sekolah kerana dapat menjayakan mesyuarat kali ini.Mohon penglibatan kaum
bapa lebih ramai untuk mesyuarat seterusnya
4.11.Berjanji akan melanjutkan permohonan
menutup longkang dan pondok menunggu
yang dibuat oleh pihak sekolah
dan PIBG sejak tahun 2012 akan dibawa ke mesyuarat bersama pihak berkenaan.
4.12.YB Mengumumkan sumbangan
sebanyak RM3000 kepada tabung PIBG.
AGENDA MESYUARAT AGUNG
1.Ucapan Pengerusi
2.Membentang dan Pengesahan minit mesyuarat
3.Perkara-perkara berbangkit
4.Membentang dan menerima laporan aktiviti
5.Membentang dan menerima penyata kewangan
6.Pembentangan usul /cadangan
7.Pembubaran jawatankuasa 2012/2014
8.Pemilihan jawatankuasa 2014/2016
9.Ucapan YDP 2014/2016
10.Ucapan penangguhan
1.Ucapan Pengerusi
1.1.YDP menjemput semua jawatankuasa mengambil tempat dan memulakan mesyuarat
dengan ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen jawatankuasa selama ini
1.2.Bersyukur dan berterima
kasih kepada YB atas sumbangan
RM3000 kepada PIBG bagi menjalankan aktiviti
1.3.Terima kasih kepada ibubapa yang turut serta menyumbangkan tenaga
melatih anak-anak sehingga berjaya
mencipta nama di peringkat negeri iaitu En Amran b Mustafa dalam pertandingan
ping pong serta En Wan Zaidi Wan Muda yang melatih pasukan bola sepak sekolah
1.4.Bersyukur dengan anugerah /penghargaan Pengurusan PIBG Cemerlang yang telah menang
peringkat negeri bagi kategori sekolah
luar bandar
2.Membentang dan Pengesahan minit
mesyuarat
2.1.En Yusof b Ismail dari Kg
Banggol Nyior telah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En Ishak dari Kg Banggol
Nyior
3.Perkara berbangkit
TIADA
4.Membentang dan menerima laporan
Aktiviti tahunan PIBG
4.1.Setiausaha PIBG iaitu En Nazaruddin b Mohamad Nor telah membentangkan laporan
aktiviti tahunan PIBG dengan merujuk Lampiran m/s 9-10
5.Membentang dan menerima Penyata kewangan PIBG
5.1.Pn Tuan Manis bt Tuan Majid selaku Bendahari PIBG telah membentangkan penyata kewangan dengan merujuk
lampiran ms 11-13.
5.12.En Ishak dari Kg Banggol Nyor mencadangkan penyata kewangan diteima
dan disokong oleh Pn Norizan b Dolah dari Kg Sungai Ikan
6.Membentangkan usul/cadangan
6.1.Pn Habsah Ismail dari Kg Banggol Nyor
meminta diwujudkan Kelas Pemulihan Khas di sekolah ini.
6.2.Maklum balas daripada Tuan Guru Besar –Kelas pendidikan Khas hanya di
sekolah Bukit Nenas.Walaubagaimanapun,guru besar akan memanjangkan perkara ini
kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri
tentang syarat-syarat dan peraturan untuk penubuhan kelas khas.
6.3.Kutipan Sumbangan PIBG
dicadangkan sebanyak RM10 untuk tahun 2014
dan untuk tahun-tahun seterusnya
sehingga ada perubahan /pindaan semasa mesyuarat PIBG seterusnya.
6.4.Usul 6.3 telah diterima sebulat
suara oleh ibubapa
7.Pembubaran jawatankuasa 2012/2014
7.1.YDP telah membubarkan jawatankuasa 2012/2014 yang sedia ada tepat jam 4.55 petang dan menyerahkan majlis
pada pengerusi sementara iaitu En Tazan
b Said.
8.Pemilihan jawatankuasa 2014/2016
Penasihat En
Abdul Ghani b Mohd Ali(Guru Besar)
YDP En Mohd Nor b Ab Rahaman
NYDP En Yusof b Ismail
Setiausaha En Mohd
Al Sidek b Yusof
Bendahari Pn Tn
Manis bt Tuan Majid
AJK
1.Tn Hj Mohd Jik b Abd Rahman -GPK1
2.Pn Rudiana bt Abd Ghani -GPKHEM
3.En Tazan b Said -GPK
KO
4.Pn Norizan bt Dolah-Kg Sungai Ikan
5.Pn Rosmah bt Abd Rahman-Kg Gemuroh
6.Pn Yuhani bt Midin-Kg Gemuroh
7.En Amran Mustafa-Kg Sungai Ikan
8.Hj Amran b Abdullah-JKKK Kg Gemuroh
9.En Abdul Ghani b Hamid-JKKK Kg Sungai Ikan
10.En Zazmi b Mansor
11.Ustaz Usop b Awang
12.Pn Nor Azizah bt Tengah
13.Pn Noryani bt Abd Ghani
11.En Yusof Fauzi b Mamat
Juru Audit 1-Pn Halinawati bt Halim
Juru Audit 2-Hj Amran b Abdullah
9.Ucapan YDP
2014/2016
9.1.En Mohd Nor b Abd Rahman berbesar hati dengan kepercayaan dan
pemilihan untuk terus dikekalkan bagi sesi 2014/2016.
9.2.Mohon kerjasama daripada semua pihak
untuk melancarkan perjalanan sebarang aktiviti PIBG
9.3.Harapan Semua ibu bapa selalu hadir ke sekolah untuk mendapatkan
maklumat tentang pembelajaran anak-anak di sekolah
10.Ucapan penangguhan
10.1.En Amran b Mustafa melahirkan rasa terima kasih atas tenaga
jurulatih kampong En Wan Zaidi yang
melatih pasukan bola sepak sekolah.Mohon
tiada pertikaian atas tugas dan amanah
yang dipikul secara sukarela.
10.2.En Tazan b Said menjemput dan mengalu-alukan kehadiran dan memberi
sokongan para ibubapa ke perlawanan bola sepak bermula minggu depan 6-10 April
2014.
10.3.En Amran b Abdullah mengucapkan terima kasih pada Pasukan Selawat yang sama-sama turut serta
semasa sambutan ketibaan YB.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.50 petang dengan surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment