Asslamualaikum semua,
post pembuka 2015 mengenai sambutan Maulidur Rasul yang telah disambut meriah pada 21 Januari 2015/Rabu.Majlis berlangsung bermula 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.Majlis tersebut telah disertai oleh PIBG,JKKK,RELA dan pasukan polis yang turut sama memeriahkan sambutan serta mengawal lalu lintas/keselamatan murid semasa perarakan diadakan.
jom lihat memori sekitar majlis tersebut :)
YDP PIBG En Mohd Nor(kanan) bersama GB SKKG Ustaz Ghani (kiri)dan pegawai polis
GB ,polis dan RELA
pasukan selawat ibu bapa
pasukan selawat ibu bapa mengetuai perarakan sambil berselawat
para ibu bapa bergotong royong menyiapkan hidangan juadah untuk semua peserta perarakan sebaik tiba di masjid Al Mustaqim
murid mendengar ceramah
ceramah sirah nabi disampaikan oleh imam masjid Al Mustaqim.
Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua yang telah terlibat menjayakan sambutan Maulidur Rasul kali ini.Para ibu bapa(PIBG,JKKK) yang sentiasa memberi komitmen yang jitu kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/PIBG demi kebaikan dan kecemerlangan bersama.
bersama seiring merintis kecemerlangan!!.