Sekolah
Kebangsaan Kampung Gemuroh dengan kerjasama PIBG berusaha
mengadakan Program Gerak Gempur di luar kawasan sekolah seperti tahun-tahun
sebelumnya. Ini merupakan program UPSR yang kedua untuk tahun ini.Tujuan ia diadakan di luar
dari lingkungan sekolah adalah untuk memberi kelainan suasana kepada
murid-murid Tahun 6 supaya input yang diterima akan dapat lebih daripada biasa.
Program ini akan dijalankan di Kem Pengakap Tg
Mohamad Ismail,Seberang Takir dan
masanya ialah pada 7,8,9 Ogos 2014 .
Tanpa suntikan dana PIBG serta sumbangan daripada orang perseorangan,YB,serta badan berkaitan,pasti program ini tidak dapat dilaksanakan.Terima kasih kepada semua,moga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
sessi pembelajaran.Teknik dan tips menjawab peperiksaan daripada fasi yang pakar
menjamu selera
sesi riadah
slot keagamaan daripada ustaz jemputan
slot motivasi
tandatangan akujanji
fasi motivasi yg power,cg Mamat
ucapan GB dan YDP PIBG
penyampaian sijil
ikrar pelajar
doakan kejayaan dan kecemerlangan untuk mereka.
Moga segala usaha kita membuahkan hasil yang manis nanti.insyaAllah.
terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama memberi komitmen yang jitu dalam melancarkan program serta kepada semua ibu bapa yang terlibat menghantar dan menjemput anak-anak ke program ini.terima kasih.